Kepentingan Sales Letter


Tips Berhubung Web Jualan

Apakah itu sales letter?

Mudah sahaja, sales letter sebenarnya
ialah mesej yang berbentuk surat jualan
kepada pelawat laman web anda.

Matlamat utama sales letter ialah untuk
menghasilkan jualan. Oleh itu, strategi
penulisan sales letter yang betul sangat
memberi kesan kepada jualan produk anda.

Lihat contoh bagaimana sales letter laman
web www.panduanweb-advance.com/40rahsia
ditulis. Kunci utama sales letter ialah,

[+] Mulakan dengan pengenalan. Berikan informasi
dan fakta yang diperlukan oleh bakal pembeli
tentang masalah yang mereka hadapi.

[+] Kemudian, perkenalkan produk anda. Senarai-
kan kebaikan-kebaikan produk.

[+] Kemudian, berikan bonus jika pelawat membeli
produk anda.

[+] Sertakan testimoni bekas pelanggan jika ada.

Ini adalah beberapa kunci penting dalam penulisan
sales letter yang baik. Jadi pastikan anda menulis
sales letter dengan penuh informasi penting
beserta tawaran hebat anda.

Rahsia jualan produk banyak datangnya daripada
sales letter yang mampu menarik perhatian
pelawat. Oleh itu, sentiasalah mengkaji bagaimana
orang lain membina sales letter mereka terutamanya
daripada laman web pakar-pakar peniagaan internet.

Salam Kejayaan

Azizi Muhammad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk yang berminat sahaja!

Untuk yang berminat sahaja!
Dengan SMS boleh menjana pendapatan?